CEO Alam Maritim Azmi Ahmad Didakwa Esok Di Mahkamah Sesyen KL

LocalBusiness & Finance
9 Sep 2026 • 8:47 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

CEO Alam Maritim Azmi Ahmad Didakwa Esok Di Mahkamah Sesyen KL

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Alam Maritim Resources Bhd Datuk Azmi Ahmad akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, Azmi akan dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah 14 di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 9 pagi.

Pada 17 Ogos lepas, Alam Maritim Resources Bhd menerusi makluman kepada Bursa Malaysia mengumumkan Azmi direman bagi membantu siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada 15 Ogos lepas, Bernama melaporkan SPRM menahan tujuh individu terdiri daripada seorang CEO, seorang pengarah syarikat, seorang bekas pengarah syarikat dan empat bekas pengurusan kanan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi membantu siasatan berhubung isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH.

Baca juga:

Menurut sumber, seorang CEO syarikat perkapalan bergelar Datuk berumur lingkungan 60-an ditahan kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butiran matan palsu ketika membuat bayaran kepada TH, membabitkan pemalsuan dokumen kontrak sebuah syarikat petroleum untuk kepentingan syarikat miliknya.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved