CEO Alam Maritim didakwa esok

LocalBusiness & Finance
9 Sep 2026 • 8:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: CEO Alam Maritim didakwa esok

KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Alam Maritim Resources Bhd Datuk Azmi Ahmad akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, Azmi akan didakwa di hadapan Hakim Suzana Hussin pukul 9 pagi.

Pada 17 Ogos lalu, Kosmo! melaporkan Azmi direman oleh SPRM.

Syarikat berkenaan bagaimanapun menegaskan penahanan tersebut tidak berpunca daripada sebarang salah laku dan lembaga pengarah telah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan kesinambungan operasi kumpulan.

“(Lembaga pengarah juga) akan membuat pengumuman selanjutnya sekiranya terdapat sebarang perkembangan penting,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Terdahulu SPRM menahan tujuh individu termasuk seorang CEO, pengarah syarikat dan empat bekas pengurusan kanan Tabung Haji bersabit Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan institusi itu.

Bagaimanapun, hanya dua suspek termasuk CEO direman manakala lima lagi dilepaskan dengan jaminan kerana masalah kesihatan. – KOSMO! ONLINE

The post CEO Alam Maritim didakwa esok appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved