CEO badan berkanun ditahan disyaki minta rasuah RM1 juta bina gelanggang skuasy

LocalPolitics
13 Apr 2026 • 11:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) badan berkanun persekutuan untuk siasatan kes terima wang rasuah bagi kontrak pembinaan gelanggang skuasy daripada kontraktor pembinaan.

Menurut sumber, suspek telah ditahan kira-kira jam 7.20 petang, Isnin, di sebuah kompleks beli-belah di Bukit Jalil, Kuala Lumpur selepas menerima wang RM100,000 daripada kontraktor terbabit.

Difahamkan lelaki berusia lingkungan 40-an itu telah meminta rasuah sebanyak RM1 juta bagi kelulusan bayaran tuntutan kontraktor berkenaan.

"Suspek telah menerima sebanyak RM500,000 sebelum Aidilfitri sebagai pendahuluan.

"Suspek dijangka akan dibawa bagi permohonan reman pada esok (Selasa) di Mahkamah Majistret Putrajaya," katanya.