CEO disyaki rasuah RM1 juta projek gelanggang skuasy direman 5 hari

LocalPolitics
14 Apr 2026 • 5:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang CEO direman lima hari untuk siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM1 juta berkaitan pembinaan gelanggang skuasy. Foto: SPRM

PUTRAJAYA - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun direman lima hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta sebagai balasan membantu meluluskan bayaran tuntutan kontraktor berkaitan membina gelanggang skuasy bernilai RM7 juta di ibu negara.

Perintah reman sehingga 18 April terhadap suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakaria selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an telah ditahan kira-kira jam 7 petang, Isnin di sebuah pusat membeli-belah di Lembah Klang.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada Mac lalu dan telah meminta rasuah sebanyak RM1 juta.

"Bagaimanapun suspek dipercayai telah menerima tunai kira-kira RM500,000 sebelum Aidilfitri lalu dan RM100,000 lagi semalam (Isnin) daripada kontraktor terbabit di sebuah pusat membeli belah di Lembah Klang.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan (Kawalan dan Penyelarasan Operasi) Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Yuhafiz Mohd Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved