CEO NVIDIA Mengatakan Mereka Telah Menyerahkan Pasaran Cip AI China Kepada Huawei

TechnologyBusiness & Finance
21 May 2026 • 2:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

NVIDIA mengumumkan pendapatan mereka meningkat 85% pada suku lalu berbanding suku sama 2025. Sungguhpun permintaan untuk cip kecerdasan buatan mereka masih lagi meningkat, CEO NVIDIA Jensen Huang mengatakan mereka telah menyerahkan pasaran cip AI di China kepada Huawei.

image is not available
Huawei Ascend 920

Amerika Syarikat mengenakan pelbagai sekatan eksport cip AI ke China menyebabkan penggunaan cip buatan tempatan khususnya Huawei dipilih sebagai alternatif oleh syarikat tempatan. Tahun lalu kerajaan China memberikan insentif dalam bentuk subsidi tenaga elektrik sekiranya syarikat AI tempatan menggunakan cip buatan Huawei.

Hasilnya hanya beberapa minggu lalu Jensen Huang mengatakan pegangan pasaran cip AI mereka di China adalah sifar sedangkan sebelum sekatan dikenakan pada tahun 2024, mereka memegang 66% pasaran. Jensen menghadiri rombongan Presiden Trump ke China minggu lalu pada saat akhir untuk menyelesaikan kemelut perang perdagangan antara Amerika dan China. Tetapi pasca pertemuan Presiden Xi dan Trump di Beijing, tiada pengumuman mengenai persetujuan diumumkan menandakan status quo masih diteruskan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved