PHSAM Umum Senarai Harga Terkini & Promosi Istimewa Untuk Pelbagai Model Audi

LocalCars
15 Jan 2025 • 9:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengedar rasmi jenama mewah, Audi di Malaysia, PHS Automotive Malaysia (PHSAM), hari ini mengumumkan senarai harga baharu untuk model pelbagai kenderaan pembakaran dalaman (ICE) dan elektrik (EV), turut diumumkan adalah beberapa tawaran istimewa untuk model tertentu.

Perlindungan Ditambahbaik

image is not availableimage is not availableimage is not available

Perubahan harga ini disebabkan oleh penambahan perlindungan Audi Assurance Package (AAP) dalam harga jualan. Sebelum ini, AAP hanya meliputi tempoh selama tiga tahun, tetapi kini dilanjutkan sehingga lima tahun atau 150,000 km.

Selain itu, AAP turut merangkumi bantuan tepi jalan selama lima tahun, penyelenggaraan berjadual, dan akses kepada rangkaian servis bertauliah Audi.

Senarai Harga Terkini

Bermula 1 Januari 2025, berikut adalah senarai model ICE dan EV Audi yang mengalami perubahan harga dan menerima perlindungan AAP:

image is not available

Tawaran Istimewa Untuk Lapan Model Pilihan

Selain pengumuman harga tersebut, PHSAM turut menawarkan harga istimewa untuk lapan model terpilih bagi tempoh masa terhad, iaitu dari 1 Januari hingga 28 Februari 2025. Tawaran ini melibatkan pelbagai model ICE dan EV.

Namun, perlu diingatkan bahawa harga untuk lapan model ini tidak termasuk AAP, dan pakej selepas jualan tersebut boleh dibeli sebagai pilihan tambahan pada harga berbeza bergantung kepada model.

Berikut adalah senarai penuh model dengan tawaran istimewa:

image is not available

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh lawati mana-mana Audi Centre yang sah di seluruh negara. Maklumat lanjut juga boleh didapati melalui laman web rasmi Audi Malaysia di Audi.com.my.

image is not available