“Cepat Sembuh Mickey..” Arif Aiman Lawat Faisal Halim

LocalFootball
27 Aug 2024 • 11:57 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

“Cepat Sembuh Mickey..” Arif Aiman Lawat Faisal Halim

Pemain sayap Harimau Malaya, Arif Aiman mencuri perhatian peminat bola sepak negara apabila menziarahi rakan seperjuangan, Faisal Halim di rumahnya hari ini.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkongsi foto bersama Faisal atau lebih mesra disapa Mickey yang dimuat naik di Instagram Story (Igs).

Pemain berusia 22 tahun itu turut mendoakan agar Faisal segera sihat kembali seperti sediakala, selepas hampir empat bulan insiden yang mengejutkan arena bola sepak dunia berlaku.

image is not available
Gambar: Bernama

“Cepat sembuh dan semoga dipermudahkan urusan Mickey,” kongsinya.

Sementara itu, Faisal turut memuat naik gambar rakan sepasukannya itu di akaun Instagram miliknya.

image is not available
Gambar: Instagram Faisal Halim

“Terima kasih ‘Messi’ datang melawat dan bagi semangat,” tulisnya.

Faisal turut berkongsi momen itu bersama anak lelakinya yang kelihatan teruja berjumpa dengan pemain sayap negara itu.

“Seronok dia jumpa abang Arif,” kongsi Faisal lagi.

Terdahulu, Mohamad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim kembali membuat kemunculan untuk Selangor FC selepas insiden simbah asid yang berlaku pada Mei lalu.

Faisal mencuri perhatian umum apabila ‘bertopeng’ dalam sesi pemanas badan pasukan pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA.

Difahamkan, topeng muka itu bukanlah seperti topeng adiwira yang biasa dilihat.

Sebaliknya ia adalah rekaan khas oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaya (UM) hasil kajian melalui BioApps Sdn Bhd berdasarkan nasihat daripada Jabatan Pemulihan Kecederaan Sukan.

Topeng tersebut diperbuat daripada bahan carbon fibre yang lebih ringan dan nipis supaya memberi keselesaan kepada Faisal untuk kembali beraksi di padang selain melindungi saraf dan luka pemain itu yang masih belum pulih.

Pada 5 Mei lepas, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Akibat kejadian, Faisal terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama kira-kira 10 hari.