“Cerai secara berakhlak” – Mufti Kelantan Tegur Peniaga Kosmetik Cerai Dalam ‘Live’

Entertainment
30 Jul 2024 • 4:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular di TikTok apabila seorang peniaga kosmetik bertikam lidah dengan suaminya sebelum bercerai dalam satu sesi live di TikTok.

Perkara itu menjadi sangat tular di media sosial sehingga mendapat perhatian Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata ini kerana perkahwinan adalah satu amalan yang sangat besar kepada Islam dan mengkehendaki supaya satu-satu perkahwinan itu berlangsung secara tenang, aman dan bahagia.

Katanya menerusi Berita Harian, jika berlaku perselisihan faham atau perbalahan ia perlu diselesaikan secara baik seperti yang dianjurkan Islam.

image is not available

“Ini berikutan ketika nak berkahwin dulu, kita menggunakan cara Islam termasuk orang tengah dengan ada pertunangan, risikan dan langkah-langkah awal yang diambil sebelum kita kahwin.

Jadi untuk berpisah ini, sama… kalau jalan terakhirnya perlu kepada bercerai maka bercerai secara berakhlak seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Namun, kita masih bersaudara dan menjalin ukhwah Islamiah serta tidak perlu bermasam muka,” katanya.

Beliau berkongsi lagi, mereka yang mahu bercerai perlu menghadirkan diri bersama-sama di depan hakim Mahkamah Syariah untuk mohon perceraian.

Dalam pada itu, beliau juga berpesan agar jika ada kebuntuan dalam perkahwinan jangan cepat membuat keputusan untuk bercerai kerana banyak langkah perlu diambil terlebih dahulu.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.