Cermin Mata Pintar Ray-Ban Meta Dengan Skrin Terbina Akan Dilancarkan Pada H2 2025

TechnologyDigital
23 Dec 2024 • 8:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menerusi cermin mata pintar yang dibangunkan dengan kerjasama Ray-Ban, Meta berjaya mencipta produk yang mendapat sambutan lebih baik berbanding set kepala VR/AR mereka. Melihat permintaan yang menggalakkan ini, Financial Times melaporkan meta akan melancarkan cermin mata pintar baharu dengan skrin terbina di skrin seawal H2 2025.

image is not available

Dengan wujudnya skrin terbina, notifikasi aplikasi serta teks kecerdasan buatan (AI) Meta AI dapat dilihat oleh pengguna. Ray-Ban Meta yang di pasaran sekarang yang memberikan maklum balas dalam bentuk audio yang tidak mesra pengguna OKU pendengaran. Dengan Ray-Ban Meta yang dilengkapi skrin, Meta dapat memberikan persaingan kepada Apple yang turut ingin melancarkan produk dengan kemampuan sama.

Bagi menjadikan impian ini realiti, pembangunan Meta Orion yang diperlihatkan pertengahan tahun ini akan dipercepatkan. Orion ialah prototaip yang mempunyai skrin terbina pada bahagian cermin sama seperti Oppo Air. Glass dan Google Glass. Ia juga boleh dikawal dengan hanya berfikir menerusi teknologi EMG. Meta sebelum ini mengatakan Orion akan hanya menjadi realiti dalam masa dua tahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved