
IPOH: Laluan lebuh raya arah selatan dari Terowong Menora ke Ipoh mengalami kesesakan lebih lapan kilometer (KM) susulan cerun runtuh di Kilometer 263.6.
Plus Malaysia Berhad (PLUS) menerusi aplikasi X memaklumkan, kejadian sekitar pukul 4.28 petang itu menyebabkan lorong kiri terhalang dan kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan.
“Setakat pukul 5.12 petang ini, trafik masih sesak. Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dan pandu dengan selamat,” katanya. –UTUSAN
The post Cerun runtuh, trafik dekat Terowong Menora sesak lebih 8KM appeared first on Utusan Malaysia.





![[VIDEO] ‘Terowong tutup, kena lalu jalan lama Gombak’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-01-at-19.52.36-1024x768.jpeg)
