Cerun runtuh, trafik sesak hingga 15km di Terowong Menora - Ipoh

11 Sep 2026 • 6:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Cerun runtuh, trafik sesak hingga 15km di Terowong Menora - Ipoh
Image from: Cerun runtuh, trafik sesak hingga 15km di Terowong Menora - Ipoh
Keadaan runtuhan cerun sehingga menyebabkan laluan kiri di Kilometer 263.6 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dari Terowong Menora menuju Ipoh tidak dapat dilalui kenderaan.

IPOH - Satu kejadian cerun runtuh dilaporkan berlaku di Kilometer 263.6 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dari Terowong Menora menuju Ipoh menyebabkan laluan kiri terhalang di sini pada Jumaat.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada jam 4.28 petang memaklumkan runtuhan tersebut berlaku di lokasi berkenaan dengan lorong kiri tidak dapat dilalui.

Keadaan turut mengakibatkan kesesakan trafik sehingga 15 kilometer.

Perkembangan terkini daripada PLUS Trafik pada jam 6.16 petang memaklumkan lorong kiri masih ditutup kepada semua kenderaan.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya berwaspada serta mematuhi arahan petugas.

Orang ramai juga digalakkan menggunakan laluan alternatif dan merancang perjalanan bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved