Cerun Runtuh Di KM 263.6 PLUS Sebabkan Kesesakan 15KM

11 Sep 2026 • 8:59 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Cerun Runtuh Di KM 263.6 PLUS Sebabkan Kesesakan 15KM

IPOH, 11 Sept (Bernama) — Kejadian cerun runtuh di Kilometer (KM) 263.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dari Terowong Menora ke Ipoh menyebabkan kesesakan trafik sejauh 15 kilometer petang ini.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam hantaran di platform X, kejadian yang dilaporkan pada 4.28 petang itu menyebabkan lorong kiri terhalang dan kesesakan trafik sejauh empat kilometer pada peringkat awal.

Bagaimanapun, situasi semasa telah dikemas kini pada 6.28 petang memaklumkan kesesakan meningkat sehingga 15 kilometer susulan kerja-kerja pembersihan yang masih dijalankan di lokasi.

“Susulan terdapat cerun runtuh di KM 263.6 arah Selatan dari Terowong ke Ipoh (Utara). Lorong kiri terhalang. Trafik sesak empat kilometer.

“Pasukan dari OPUS dan PLUS di lokasi untuk membuat penilaian. Kerja-kerja pembersihan masih lagi dijalankan. Trafik sesak 15 KM. Berhati-hati memandu ketika cuaca hujan!” menurut hantaran itu.

LLM turut menasihatkan pengguna lebuh raya supaya berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan, terutama dalam keadaan cuaca hujan.

The post Cerun Runtuh Di KM 263.6 PLUS Sebabkan Kesesakan 15KM appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved