CES 2024: MSI lancar konsol permainan tangan sendiri bertunjangkan Intel

Digital
9 Jan 2024 • 1:18 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Setelah teaser yang dikongsikan beberapa hari sudah, MSI secara rasminya kini telah dedahkan produk konsol permainan mudah alih mereka yang diberi nama MSI Claw A1M. Ia dilihat akan bersaing dengan produk-produk seperti ASUS ROG Ally dan Lenovo Legion Go.

image is not available

Daripada segi seni bina, ia tidak banyak beza dengan dua produk pesaing yang telah dilancarkan terdahulu. MSI Claw A1M ada panel paparan di bahagian tengah dengan butang kawalan mengapit panel paparan itu. Tidak seperti Legion Go, unit kawalannya tidak boleh ditanggalkan. Di bahgian aas, pengguna ada port USB-C Thunderbolt 4 untuk mengecas ataupun memindahkan data manakala di sebelah port itu, ada slot untuk memasukkan mikro-SD.

image is not available

Berbalik kepada panel paparan, MSI Claw A1M ada paparan 7" FHD (1920×1080) dengan kadar segar semula 120Hz. Bunyi pula dihasilkan sepasang speaker 2W yang berada di bahagian bawah kiri dan kanan badan.

image is not available

Atas papan utama, MSI Claw A1M diperkasa sehingga Intel Core Ultra 7 155H. Pilihan pemproses yang lain tidak pula dikongsikan pengeluarnya. Cip Core Ultra 7 155H ini mempunyai penggunaan kuasa TDP pada paras 28W, jauh lebih tinggi daripada Ryzen Z1 Extreme yang boleh berada serendah 9W. Makanya, anda boleh jangkakan hayat bateri yang agak ketara bezanya antara peranti.

image is not available

Berkaitan bateri, MSI memberikan sistem bateri berkapasiti 53Whr pada konsol permainan ini. Sebagai perbandingan, ROG Ally memiliki tangki bateri 40Whr manakala Legion Go pada 49.2Whr. Harga MSI Claw A1M dalam pasaran A.S adalah USD699 (RM3,247). Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan