MSI di acara CES 2024 telah mengumumkan pesaing Legion Go, ROG Ally dan Steam Deck dengan konsol mudah alih Windows mereka yang tersendiri – MSI Claw A1M. Ia juga akan dijana dengan cip Intel Core Ultra 7 serta menggunakan teknologi Intel XeSS bagi meningkatkan kadar bingkai per saat (FPS).

Seperti ASUS dan Lenovo, MSI turut memilih sistem operasi Windows 11 berbanding menggunakan Linux pada Steam Deck. Memori adalah 16GB RAM LPDDR5, GPU Intel Arc. Skrin Claw A1M ini adalah IPS 7-inci 1080p 120Hz tetapi menyokong sambungan kepada dermaga untuk resolusi 4K 120Hz atau 8K 60Hz. Bateri hanya bertahan 2 jam, tetapi penggunaan dermaga disediakan untuk bermain pada jangka masa panjang.
Spesifikasi lanjut;
Spesifikasi MSI Claw A1M Cip Pemprosesan Pilihan sehingga Intel Core 7 155H Sistem Operasi Windows 11 Home
Windows 11 ProMemori/Storan 16GB LPDDR5
NVMe M.2 2230 SSD by PCIe Gen 4
(Saiz storan belum ditentukan)Skrin 7-inci IPS LCD Sesentuh, FHD, 120Hz
100% sRGB(Typical), 500 nitsGPU Intel Arc Sensor Motor getaran 6-paksi IMU Sambungan Intel Killer Wi-Fi 7
Bluetooth 5.4Audio 2× Speaker 2W
1× Port bicu audio 3.5mm + audio Hi-ResI/O Port
1x USB-C Thunderbolt 4 (DP, PD 3.0)
1x Pembaca kad mikroSD
1x Port bicu audio 3.5mmSekuriti 1x Pengimbas cap jari pada butang kuasa Bateri 6-Sel, Li-Polimer, 53Whr
Pengecasan pantas 65WWarna Hitam Berat 675 gram Dimensi 294 (Lebar) x 117 (Dalam) x 21.2 (Tinggi) mm
Buat masa ini MSI masih tidak mendedahkan rekaan dermaga, sokongan ekosistem aksesori, harga jualan serta bila ia akan dijual. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut oleh MSI nanti.

- Sumber
- MSI
