OpenAI, syarikat disebalik perkhidmatan AI ChatGPT baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka mempunyai 3 juta pelanggan perniagaan berbayar, yang merupakan peningkatan mendadak daripada 2 juta pelanggan pada bulan Februari 2025.

Dalam pada itu, OpenAI telah mengumumkan integrasi baru bersama perkhidmatan storan awanan seperti Dropbox, Box, SharePoint, GitHub, OneDrive dan Google Drive. Fungsi ini membolehkan ChatGPT untuk membaca data yang terkandung kepada storan-storan awanan ini. Ia secara langsung memberi ChatGPT kebolehan untuk memberi pengguna jawapan yang lebih jitu kepada soalan ataupun permintaan pengguna.
Satu lagi ciri baru ialah ciri rakaman “Record” yang membolehkan ChatGPT untuk merakam sesi mesyuarat atau telesidang dan menggunakan data pada rakaman tersebut untuk menghasilkan minit mesyuarat, nota-nota penting, rakaman perbincangan dan lain-lain dengan cepat dan mudah.

