Kalau korang memang selalu masuk dapur, mesti tahu santan boleh bagi ‘kick’ yang cukup penting dalam sesuatu hidangan.
Nak buat rendang, kari, nasi lemak, laksa sampailah kuih-muih, pemilihan santan memang boleh mempengaruhi rasa dan aroma masakan.
AdvertisementSebab itu bila S&P Santan PRO tampil dengan wajah baharu bersama proposisi “Lebih Pekat, Lebih Aroma”, memang buat kami tertanya-tanya juga — apa yang istimewa sangat kali ni?
Lagi-lagi bila Datuk Chef Wan sendiri dah bagi approval!
S&P Santan PRO Kini Lebih Pekat, Lebih Aroma
Bagi yang belum tahu, S&P Santan PRO kini tampil dengan wajah baharu dengan fokus kepada dua ciri yang memang penting dalam masakan — lebih pekat dan lebih aroma.
Selain itu, produk ini juga bebas kolesterol, menjadikannya satu lagi pilihan santan untuk korang gunakan dalam pelbagai jenis masakan harian.
Jadi sama ada korang masak untuk keluarga, berniaga ataupun memang jenis yang suka bereksperimen di dapur, S&P Santan PRO direka untuk memberi fokus kepada perkara yang benar-benar penting dalam sesuatu hidangan.

Kalau Chef Wan Dah Approved… Confirm Jadi Lah!
Yang lagi menarik, ikon kulinari terkenal negara, Datuk Chef Wan, kini dilantik sebagai Duta Jenama S&P Santan.
Menurut Chef Wan, pemilihan santan memainkan peranan penting dalam menghasilkan sesuatu hidangan.
“Apa yang saya suka dengan S&P Santan PRO ni adalah ia fokus kepada perkara yang benar-benar penting dalam masakan, iaitu lebih pekat, lebih aroma.”
Haa… kalau Chef Wan sendiri pun dah cakap macam tu, memang buat kita lagi curious nak cuba kan?
Pendek kata:
Chef Wan Approved. Confirm Jadi!

Rupanya S&P Dah Lebih 40 Tahun Dalam Industri Produk Kelapa
Walaupun mungkin ada antara korang yang baru mula mengenali S&P Santan dengan lebih dekat sekarang, pengalaman S&P dalam industri produk kelapa sebenarnya bukan baru.
S&P Industries Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1983, dan sejak itu membina pengalaman dalam pembuatan dan pasaran antarabangsa.
Menurut Pengerusi S&P Industries Sdn Bhd, Dato’ Mohd Ibrahim bin Mohd Nor, pengenalan wajah baharu S&P Santan PRO merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat untuk terus berkembang dan memperkukuhkan jenama S&P untuk tahun-tahun mendatang.
Daripada berada di belakang tabir industri selama lebih empat dekad, kini S&P mahu membawa pengalaman itu lebih dekat kepada pengguna Malaysia.

“S&P Santan Kita, Santan Malaysia” – Bila Makanan & Muzik Satukan Kita
Bukan produk saja yang diberikan nafas baharu.
S&P Santan turut memperkenalkan kempen “S&P Santan Kita, Santan Malaysia”, yang meraikan kepelbagaian makanan, budaya dan cita rasa rakyat Malaysia.
Kalau fikir-fikir balik, memang betul juga.
Kita mungkin datang daripada latar belakang dan budaya yang berbeza, tetapi banyak hidangan yang kita semua kenal dan sayang menggunakan santan.
Untuk menghidupkan lagi semangat kempen ini, penyanyi popular Wani Kayrie, yang juga Selebriti S&P Santan, tampil menerusi video muzik rasmi “S&P Santan Kita, Santan Malaysia”.
Video muzik ini menggabungkan elemen makanan Malaysia, muzik, tarian dan penceritaan berbilang budaya dalam satu persembahan yang cukup ceria dan colourful.

Meriah Betul Pelancaran Di MAHA 2026!
Kempen dan wajah baharu S&P Santan PRO turut diraikan menerusi pelancarannya di MAHA 2026.
Memang bukan setakat datang launch produk dan balik tau!
Sepanjang acara, pengunjung berpeluang menyaksikan pelbagai aktiviti termasuk demonstrasi memasak secara langsung bersama Datuk Chef Wan, sesi penyampelan S&P Santan PRO dan persembahan khas daripada Wani Kayrie.
S&P turut memberikan sokongan melalui sumbangan produk untuk program Rewang Rakyat terpilih sepanjang penganjuran MAHA 2026 — sesuai sangat dengan semangat “S&P Santan Kita, Santan Malaysia” yang mengangkat makanan, komuniti dan kebersamaan.

Beli RM10, Boleh Cuba Nasib Menang Hadiah Bernilai Sehingga RM80,000!
Haa, yang ni jangan skip.
Sempena kempen ini, S&P Santan turut mengadakan Peraduan Beli & Menang S&P Santan PRO dengan hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM80,000!
Cara nak sertai pun senang.
Beli S&P Santan PRO bernilai RM10 dan ke atas dalam satu resit, simpan resit asal dan WhatsApp gambar resit tersebut ke 017-878 6186 untuk penyertaan.
Jadi lepas beli, jangan pula terus buang resit tu.
Mana tahu tengah masak kari untuk family, sekali rezeki lain pula yang datang.

Ikuti laman sosial rasmi S&P Santan di Facebook, Instagram, dan TikTok untuk mendapatkan maklumat lanjut.
The post Chef Wan Dah Approved, Confirm Jadi! S&P Santan PRO Kini Lebih Pekat, Lebih Aroma first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






