Chef Wan teruja cucu sarung jersi Malayan Tigress B-17

21 Aug 2026 • 11:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Chef Wan teruja cucu sarung jersi Malayan Tigress B-17
Isabella
Image from: Chef Wan teruja cucu sarung jersi Malayan Tigress B-17
Isabella yang menyarung jersi nombor 11 bertindak sebagai pemain tengah Malayan Tigress B-17.

SATU kebanggaan buat cef selebriti, Chef Wan selepas cucu perempuannya, Isabella Saffiya O'Luanaigh terpilih mewakili skuad Malayan Tigress Bawah 17 Tahun (B-17) yang kini beraksi pada Piala Srikandi Merdeka 2026 di Super Soccer Arena, Kudus, Indonesia.

Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail memberitahu hanya mengetahui mengenai kejayaan besar skuad muda negara membelasah Arab Saudi 9-0 pada Selasa lalu selepas menerima kiriman gambar daripada anaknya, Serina.

Menurutnya, walaupun bola sepak bukan sukan yang diminatinya, kejayaan cucu dan pasukan negara itu tetap menyentuh perasaannya.

**media[3621588]**

Beliau berkata, mesej daripada Serina selain perkongsian laporan media membuatkannya berasa terharu serta bersyukur dengan pencapaian Isabella.

"Tahniah buat Isabella dan pasukannya atas pencapaian mereka. Saya sangat berbangga dengannya, Alhamdulillah," tulisnya menerusi perkongsian di Threads.

View on Threads

Chef Wan turut menyifatkan kejayaan berkenaan sebagai sesuatu yang membanggakan bukan sahaja buat Isabella, malah seluruh keluarga.

Pemain berusia 14 tahun itu memainkan peranan sebagai pemain tengah Malayan Tigress B-17 dan memakai jersi bernombor 11.

Skuad muda negara tampil cemerlang dalam saingan peringkat kumpulan apabila menamatkan saingan Kumpulan A sebagai naib juara.

Malaysia bakal berdepan Thailand dalam saingan separuh akhir pada jam 4 petang ini.

Pertemuan itu pastinya menjadi satu lagi ujian penting buat Isabella dan rakan sepasukannya dalam usaha meneruskan momentum positif selepas kemenangan besar ke atas Arab Saudi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved