Chef Zam minta hormati ruang Tun M

2 Oct 2026 • 11:28 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Cef Zam minta orang ramai beri ruang kepada Tun Dr Mahathir bersedih

Cef selebriti, Profesor Datuk Zamzani Abdul Wahab atau Chef Zam meminta masyarakat menghormati privasi Tun Dr Mahathir Mohamad dan memberinya ruang untuk melalui saat kehilangan isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Menerusi perkongsian di media sosial, Cef Zam berkata, orang ramai yang benar-benar menyayangi dan menghormati bekas Perdana Menteri itu sewajarnya memahami keperluannya untuk bersendirian ketika menziarahi pusara Allahyarhamah.

“Kalau boleh saya mohon pada semua rakyat Malaysia… jika anda benar-benar sayang dan menghormati Tun, berikanlah beliau ruang to grieve privately.

“Mungkin ada banyak yang ingin diperkatakan kepada Allahyarhamah di pinggir pusaranya. Cukup-cukuplah tala lensa kamera siap dengan flash ke arah wajahnya for clicks,” katanya.

Pelakon Janna Nick turut menyuarakan perkara sama dengan meminta orang ramai menunjukkan rasa ihsan terhadap Dr Mahathir yang kehilangan teman hidupnya selepas hampir tujuh dekad melayari kehidupan berumah tangga.

Menurut Janna, Allahyarhamah sentiasa berada di sisi Dr Mahathir ketika beliau berdepan kesedihan dan memberikan sokongan sepanjang kehidupan mereka bersama.

“Sekarang, tolonglah beri ruang untuk Tun M menemani Tun Hasmah di pusara.

“Let him grieve peacefully, like a normal human being. At least, have some compassion,” katanya.

View on Threads

Pelakon Kamal Adli pula meminta orang ramai tidak mengerumuni Dr Mahathir dengan kamera ketika beliau berada di pusara isterinya.

Katanya, faktor usia Dr Mahathir yang kini 101 tahun juga perlu diambil kira dan beliau seharusnya diberikan ketenangan untuk meluangkan masa bersama Allahyarhamah di pusara.

“Maaf tau korang… saya rasa bagi ruang kat Tun M untuk dia dengan Allahyarhamah kat pusara tu. Janganlah penuh dengan kamera, flash lagi. Dia nak tenang.

“Percayalah… guys Tun M dah 101 tahun, bagilah dia tenang,” katanya.

View on Threads

Turut berkongsi pandangan sama ialah Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang meminta masyarakat melihat Dr Mahathir sebagai seorang suami yang sedang melalui kehilangan besar.

View on Threads

“Can’t we just let him grieve in his own way? Pada saat seperti ini, beliau bukan bekas Perdana Menteri, bukan tokoh politik, bukan bahan berita.

“Beliau cuma seorang suami yang baru kehilangan separuh daripada hidupnya. Berilah ruang untuk beliau. Tolong. Please,” katanya.

The post Chef Zam minta hormati ruang Tun M appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved