Chery Exeed Exlantix ET EREV AWD Diperkenalkan Di China – Capai 1,500 KM!

18 Dec 2024 • 12:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pasaran kenderaan elektrik (EV) China kini dimeriahkan dengan kehadiran SUV Exeed Exlantix ET dalam versi EV penambah jarak atau range-extender (EREV).

Exeed Exlantix ET Miliki Reka Bentuk Aerodinamik

image is not availableimage is not available

SUV mewah daripada jenama premium Chery, Exeed ini hadir dengan reka bentuk serba aerodinamik, menampilkan badan SUV panjang dan besar dengan ukuran 4,955 mm panjang, 1,975 mm lebar, 1,698 mm tinggi dan jarak roda 3,000 mm, lebih besar berbanding versi petrolnya, Exeed RX (juga dikenali sebagai Omoda C9 di pasaran Malaysia).

Elemen reka bentuk yang sering digunakan pada EV seperti pemegang pintu tersembunyi dan sudut hadapan tanpa gril memberikannya imej futuristik.

Kabin Exeed Exlantix ET Yang Berteknologi Tinggi

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Ruang kabinnya luas dan sarat dengan pelbagai ciri premium seperti skrin infotainmen Exeed OS bersaiz 15.6 inci dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 8295P, kluster instrumen digital 10.25 inci, sistem audio premium 23-pembesar suara dan bumbung suria panoramik yang luas. Selain itu, tempat duduk depannya hadir dengan fungsi pengudaraan, pemanasan dan urutan.

Ciri Mekanikal Exeed Exlantix ET

image is not available

Apa yang membezakan Exlantix ET EREV dengan kembarnya dalam versi BEV ialah rangkaian kuasanya. Versi terbaru ini menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD) Snow Leopard 4WD yang inovatif. Ia menggabungkan:

SUV ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa sepantas 4.8 saat, dengan kelajuan maksimum 195 km/j.

Dipasangkan dengan bateri berkapasiti 41.16 kWj daripada Gotion High-Tech membolehkan SUV ini mencapai jarak gabungan 1,500 km dan jarak EV 240 km (CLTC).

Exeed juga mendakwa pengecasan dari 20% ke 80% boleh diselesaikan dalam masa hanya 17.5 minit yang dibantu oleh platform elektrik 400 volt E0X.

Sistem Pemanduan Pintar Falcon

image is not available

SUV ini adalah model pertama yang menampilkan Falcon Smart Driving Chery. Sistem ini menggunakan 30 sensor dan dua cip NVIDIA Orin-X untuk memberikan navigasi berkelajuan tinggi, navigasi bandar, serta fungsi parkir pintar.

Harga Exeed Exlantix ET

Exlantix ET EREV AWD ditawarkan dalam tiga varian di pasaran China dengan harga antara CNY 239,800 (~RM146,437) hingga CNY 289,800 (~RM176,970). Setakat ini, model ini hanya ditawarkan di pasaran domestik China kerana teknologi EREV masih kurang popular di luar negara berbanding BEV.