
Di China, pelbagai syarikat sedia berlumba dalam menghasilkan robot berbentuk manusia, yang dijangka membantu dalam melakukan sejumlah tugasan. Kini, dalam usaha mengawal dan menjadikannya lebih terurus, China dilihat ingin memberikan setiap robot yang dihasilkan dengan identiti digital tersendiri.
Melaluinya, setiap robot dijangka akan diberikan dengan kod khusus, dan ia akan berkekalan sepanjang operasi robot berkenaan. Secara kasar, ia dilihat akan beroperasi sebagai kad pengenalan untuk robot.
Langkah ini juga dikatakan akan membantu dalam mengawal sebarang risiko, serta memudahkan proses kawal selia. Kod tersebut juga akan turut boleh mengenal-pasti pengeluar yang bertanggungjawab, kenal-pasti jenis robot, kod untuk membezakan setiap unit.
Dengan pihak China memulakan inisiatif ini, kita mungkin melihat lebih banyak negara turut memperkenalkan “kad pengenalan” untuk robot.




