China Mobile Menawarkan Pelan Telekomunikasi Di Malaysia Bermula RM25 Sebulan Untuk 40GB Dibawah CM Link

LocalTechnology
31 Mar 2026 • 10:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

China Mobile kini dilihat telah mula menawarkan pelan telekomunikasi di Malaysia, memfokuskan perkhidmatan prabayar dibawah jenama CM Link. Untuk tujuan operasi di Malaysia, ia dilihat mereka menggunakan infrastruktur rangkaian Maxis, sekaligus memastikan CM Link mempunyai rangkaian meluas di Malaysia.

CM Link memfokuskan perkhidmatan prabayar tanpa sebarang kontrak. Salah satu kelebihan yang ditawarkan adalah ia turut mempunyai pelan yang memudahkan anda turut menggunakan perkhidmatan ketika berada di China. Beberapa pelan turut hadir dengan data untuk digunakan di China, dan juga minit panggilan untuk ke China.

image is not available

Melalui laman rasmi CM Link Malaysia, ia menawarkan pelan paling asas bermula RM25 sebulan untuk 40GB, dan seterusnya meningkat kepada RM35 sebulan untuk 200GB, RM50 sebulan untuk 350GB dan data tanpa had pada harga RM100 sebulan.

image is not available

CM Link turut menyediakan fungsi khas yang membolehkan anda pautkan nombor telefon China atau Hong Kong, dan seterusnya menerima panggilan dan SMS terus ke nombor Malaysia. Ini sesuai untuk mereka yang sentiasa mempunyai urusan rentas negara di China. Caj tambahan dikenakan untuk tujuan ini.

Salah satu kekurangan CM Link adalah ia hanya menyediakan khidmat sokongan dalam Inggeris atau Mandarin sahaja buat masa ini. Dari segi pembayaran, ia mempunyai sokongan untuk kad kredit, Alipay, UnionPay dan WeChat Pay. Bagi anda yang berhasrat mendapatkan perkhidmatan CM Link ini, boleh merujuk laman rasmi mereka hari ini.