China perketat sekatan perjalanan terhadap rakyat

WorldPolitics
16 Sep 2026 • 9:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: China perketat sekatan perjalanan terhadap rakyat

BEIJING: China mengenakan pelbagai peraturan baharu yang lebih ketat bagi mengehadkan perjalanan keluar masuk negara itu, dalam langkah yang menurut pemerhati akan memberikan kerajaan lebih banyak kawalan terhadap rakyatnya.

Rakyat yang dianggap menjejaskan keselamatan atau kepentingan China ketika berada di luar negara juga boleh dilarang meninggalkan negara itu sehingga tiga tahun.

Namun, undang-undang itu turut menyatakan ia akan dikenakan terhadap sesiapa yang dianggap mengancam keselamatan industri atau teknologi negara.

China memberi perhatian ketat terhadap sektor seperti semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI), ketika persaingan antara Beijing dan Washington untuk menguasai teknologi semakin sengit. 

Menurut laporan, sekatan perjalanan sebelum ini sudah dikenakan terhadap beberapa eksekutif dalam sektor berkenaan.

Pada Mac lalu, pengasas bersama Manus, sebuah syarikat AI yang diambil alih oleh Meta, dilaporkan dilarang meninggalkan China.

Di bawah peraturan baharu itu, pegawai sempadan kini turut diwajibkan menasihati warga China supaya tidak melakukan perjalanan ke negara dan wilayah yang dianggap berisiko tinggi.

Namun, sebelum peraturan itu diumumkan, sesetengah rakyat China sudah pun dikenakan sekatan untuk pergi ke negara tertentu. 

Penjawat awam antara kumpulan terawal yang tertakluk kepada kawalan ini, sebelum ia diperluaskan kepada pekerja perusahaan milik kerajaan dan orang awam.

Seorang bekas penjawat awam di Anhui memberitahu BBC Chinese, pada 2018 tempat kerjanya mengarahkan kakitangan menyerahkan pasport. Pasportnya masih disimpan oleh bekas majikan walaupun beliau bersara tahun lalu.

The post China perketat sekatan perjalanan terhadap rakyat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved