Choco Loco, pengarah dan bekas pengarah didakwa guna istilah francais tanpa kelulusan

LocalBusiness & Finance
2 Nov 2026 • 3:11 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Choco Loco, pengarah dan bekas pengarah didakwa guna istilah francais tanpa kelulusan Image from: Choco Loco, pengarah dan bekas pengarah didakwa guna istilah francais tanpa kelulusan liza02/11/2026 - 15:11 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 2 Nov –  Pengarah dan bekas pengarah Choco Loco (M) Sdn Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menggunakan istilah francais tanpa kelulusan Pendaftar Francais.

 

Syaidatul Natasha Suhaimi, 36, yang merupakan pengarah syarikat itu dan bekas pengarahnya, Hadi Asasa, 37, didakwa secara bersama berhubung dua perjanjian yang dimeterai antara Choco Loco dengan Chocolate Cravings Sdn Bhd dan Choco Rush Global Trading Sdn Bhd.

 

Kesalahan itu didakwa berlaku di Solaris Dutamas pada 1 April 2021 dan 1 Jun 2021 menerusi perjanjian dengan kedua-dua syarikat berkenaan.

 

 

 

 

 

 

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 37A Akta Francais 1998, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, susulan dakwaan penggunaan istilah francais tanpa kelulusan Pendaftar Francais seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 8 akta sama.

 

Jika sabit kesalahan, kedua-dua individu itu boleh dikenakan denda maksimum RM100,000, penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali, lapor FMT.

 

Choco Loco turut berdepan pertuduhan

Dalam perkembangan sama, Choco Loco (M) Sdn Bhd turut menghadapi dua pertuduhan berkaitan kesalahan serupa mengikut Seksyen 37A(a) Akta Francais 1998.

 

Bagi syarikat, kesalahan pertama boleh membawa hukuman denda maksimum RM250,000, manakala kesalahan berikutnya boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.

 

Syaidatul turut membuat pengakuan tidak bersalah bagi pihak syarikat di hadapan Hakim Siti Shakirah Mohtarudin.

 

 

 

 

 

 

Mahkamah membenarkan ikat jamin bersama sebanyak RM16,000 bagi keseluruhan pertuduhan.

 

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Kausar Khairi, manakala pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwaan, Sallim Wahid. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved