“Sampai Ke Bumbung Dia Deco” – Penumpang Grab Terpegun Naik Kereta Penuh Hiasan [Video]

LocalEntertainment
6 Mar 2025 • 2:17 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Menjadi seorang pemandu e-hailing bukanlah mudah apabila ada sahaja perangai penumpang yang harus dihadapi setiap hari.

Malah, mereka juga perlulah berusaha mengambil hati pelanggan demi rating yang bakal diterima nanti setelah selesai tugasan.

Pelbagai cara yang digunakan oleh pemandu e-hailing ini untuk mengambil hati pelanggan seperti beramah mesra atau menghiasi dalaman kereta agar kelihatan ceria.

Pelanggan e-hailing terpegun, kereta dinaiki penuh hiasan nampak meriah

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai Zaidi Safuan tergamam melihat hiasan di dalam kenderaan e-hailing, Grab yang dinaikinya di Labuan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Zaidi mengakui bahawa kereta tersebut merupakan kenderaan e-hailing yang paling meriah pernah dinaikinya.

Malah, dia turut menyatakan perasaannya yang seakan berada dalam kereta pengantin kerana hiasan-hiasan berkenaan.

Kereta bertema flora, penuh hiasan bunga dan daun palsu

Dalam video terbabit, kelihatan kereta berkenaan dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga dan daun tiruan bermacam-macam warna selain beberapa patung juga dilihat tersusun pada bahagian ‘dashboard’.

Usaha pemandu e-hailing itu untuk mendekorasi keretanya memang tidak boleh dinafikan lagi apabila bahagian bumbung kenderaan itu juga dihiasi dengan pelbagai bunga dan daun.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa dekorasi sedemikian pastinya akan mencuri tumpuan sesiapa sahaja yang menaikinya.

Netizen beri pelbagai reaksi, siap berseloroh

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat kenderaan e-hailing itu.

Kebanyakan netizen memuji usaha yang dilakukan oleh pemandu Grab terbabit yang menghiasi keretanya demi mengambil hati atau perhatian penumpang.

Tidak kurang juga segelintir pengguna TikTok yang berseloroh mengenai hiasan-hiasan yang ada pada kereta itu.

image is not available

image is not available

image is not available