Chuck Norris, Raja Meme Tahun 2000an Meninggal Dunia

EntertainmentLifestyle
22 Mar 2026 • 8:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Chuck Norris, bintang filem Hollywood, dan pengamal seni bela diri yang pernah bertarung dengan Bruce Lee meninggal dunia Khamis lalu pada usia 86 tahun di Hawaii selepas dimasukkan ke hospital akibat kecemasan. Kematian beliau hanya diumumkan ahli keluarga semalam dengan sebab sebenar kematian belum lagi diumumkan.

image is not available

Walaupun beliau seorang veteran filem aksi 80an dan 90an, Chuck Norris lebih dikenali dalam kalangan generasi muda kerana meme “Chuck Norris Facts” yang dipopularkan pada tahun 2005. Fakta melampau berbaur jenaka seperti “Chuck Norris boleh mengira sehingga infiniti” dan “Jika Chuck Norris dipatuk ular, ular akan mati” amat popular di zaman awal internet.

Walaupun sudah berusia hampir 90 tahun, Norris kekal aktif sehingga ke akhir hayat yang menyebabkan kematian beliau adalah mengejutkan. Di Internet ramai peminat mengucapkan selamat tinggal kepada beliau dengan ramai mengatakan beliau mungkin telah meninggal dunia, tetapi meme beliau akan kekal selama-lamanya.