Cik B Terima Berita Duka Pada Hari Jadi DSV, Bapa Meninggal Dunia

24 Oct 2026 • 3:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pempengaruh media sosial, Cik B berkongsi berita duka apabila bapanya, Mohd Amin Yasin, meninggal dunia pada Sabtu.

Menerusi hantaran di Threads, Cik B berkata dia tidak dapat menggambarkan perasaannya apabila menerima berita tersebut, lebih-lebih lagi pemergian bapanya berlaku pada hari ulang tahun kelahiran ibunya, usahawan Datuk Seri Vida (DSV).

Advertisement

kghg

“Hari ni hari jadi Mama, dan hari ni juga CikB dapat berita yang Abah dah meninggal dunia. Sejujurnya saya tak tahu nak rasa apa.”

“Hari yang sepatutnya dipenuhi dengan kebahagian, tapi saya dalam kesedihan. Al-fatihah,” tulisnya.

Cik B Kongsi Berita Pemergian Bapa

Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen turut berkongsi berita sedih berkenaan pemergian bapanya menerusi Instastory di Instagram.

Perkongsian tersebut dibuat pada hari yang sama dengan ulang tahun kelahiran ibunya.

Tiada Maklumat Lanjut Mengenai Pemergian Bapa Kandung

Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat lanjut dikongsikan mengenai punca atau keadaan di sebalik pemergian arwah Mohd Amin Yasin.

Cik B hanya memaklumkan berita pemergian bapanya dan meluahkan kesedihan yang dirasainya pada hari berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hjh2026-10-24 14:33:50

"Saya Tak Malu Jual Penapis Air" - Faizal AF4 Perjelas Kehilangan Diri Dari Dunia Hiburan, Cuba Buat Pelbagai Kerja

The post Cik B Terima Berita Duka Pada Hari Jadi DSV, Bapa Meninggal Dunia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved