'Hari ni hari jadi mama, hari ni juga Cik B dapat berita abah meninggal dunia'

24 Oct 2026 • 2:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Hari ni hari jadi mama, hari ni juga Cik B dapat berita abah meninggal dunia'
Cik B berkongsi berita duka mengenai bapanya meninggal dunia pada Sabtu.

PEMPENGARUH media sosial, Cik B berkongsi berita duka mengenai bapanya iaitu Mohd Amin Yasin meninggal dunia pada Sabtu.

Menerusi hantaran di Threads, Cik B berkata, dia tidak dapat menggambarkan perasaannya memandangkan hari ini juga merupakan ulang tahun kelahiran ibunya iaitu usahawan, Datuk Seri Vida atau DSVX

“Hari ni hari jadi Mama, dan hari ni juga Cik B dapat berita yang Abah dah meninggal dunia. Sejujurnya saya tak tahu nak rasa apa.

“Hari yang sepatutnya dipenuhi dengan kebahagian, tapi saya dalam kesedihan. Al-fatihah,” tulisnya.

Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen turut berkongsi berita sedih itu menerusi Instastory miliknya.

Bagaimanapun tiada maklumat lebih lanjut mengenai pemergian arwah bapa Cik B. - Gempak 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved