"Hari Ini Hari Jadi Mama & Hari Ini Juga Dapat Berita Abah Meninggal" - Cik B

24 Oct 2026 • 2:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

"Hari Ini Hari Jadi Mama & Hari Ini Juga Dapat Berita Abah Meninggal" - Cik B

Bapa kepada Nur Edlynn Zamilleen atau lebih dikenali sebagai Cik B meninggal dunia pada Sabtu.

Berita duka mengenai pemergian Mohd Amin Yasin itu dimaklumkan sendiri oleh Cik B menerusi Instagram Story dan Threads miliknya.

"Hari ini hari jadi Mama dan hari ini juga Cik B dapat berita yang Abah dah meninggal dunia.

"Sejujurnya, Cik B tak tahu apa yang patut CikB rasa. Hari yang sepatutnya dipenuhi dengan kegembiraan, tetapi sebaliknya CikB sedang berduka. Al-Fatihah," katanya di Threads.

Image from: "Hari Ini Hari Jadi Mama & Hari Ini Juga Dapat Berita Abah Meninggal" - Cik B

Untuk rekod, Mohd Amin pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida pada tahun 2000, namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada 2008.

Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Nur Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.

Baca juga:

Bagaimanapun, dua anak mereka, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie yang masing-masing berusia 11 dan 10 tahun, terkorban dalam kebakaran di kediaman Vida di Meru Hill, Ipoh pada 2013, hanya tiga hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Salam takziah untuk seluruh keluarga Allahyarham, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved