Cik Epal Dedah Ramai Wanita ‘Offer’ Untuk Jadi Madu – “Ada Yang Beritahu Gaji, Tapi Maaf Aku Tak Nak Rasa Diduakan Itu…”

LocalEntertainment
13 Oct 2024 • 6:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pempengaruh, Cik Epal menerusi Instagram mendedahkan ada ramai wanita yang ‘melamarnya’ untuk menjadi isteri kedua kepada suami mereka.

image is not available 3 days ago

"The Moment Dia Membenarkan Perempuan Lain Dalam Hati Dia.." - Cik Epal Berkongsi Tentang Wanita Yang Dilindungi Jofliam

Bagaimanapun, usahawan tersebut berkata dia mahu memberi sepenuh fokus terhadap dirinya dulu namun tidak menolak sekiranya bertemu jodoh kembali di masa akan datang.

Ada yang bagi gambar, bagi tahu gaji berapa. Masalahnya perempuan yang nak jadikan aku madu dia pun ada. Tapi maaf, aku taknak bermadu. Taknak rasa diduakan.

Nak rasa hidup bujang dulu, boleh benda yang aku tak boleh buat masa berkahwin dulu. Cuma kalau ada jodoh lebih baik akan datang, aku tak serik untuk berkahwin.

image is not available image is not available

Dalam pada itu, Cik Epal juga berkata sekiranya mahu mencari pasangan, dia tidak kisah jika lelaki tersebut seorang duda atau bujang kerana apa yang lebih penting adalah kematangan dan pandai menghargai.

Dia juga akui mahu berkenalan dengan orang baru dan tidak mahu kembali kepada individu yang pernah melukakan hatinya sebelum ini.

image is not available