
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
“Guru umpama lilin yang membakar dirinya demi menerangi orang lain.”
Pasti ramai yang pernah mendengar peribahasa ini bukan? Memang benar, tugas sebagai seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah.
Guru atau cikgu perlu mengorbankan masa serta tenaga mereka demi mendidik anak-anak bangsa agar menjadi orang yang berguna di masa hadapan.
Jika di Malaysia, pelbagai cara juga digunakan oleh seorang guru dalam menarik minat anak-anak murid. Maka wajarlah kita berbangga dengan mereka.
Baca Artikel Berkaitan: Guru Guna Duit Bonus RM2,000 Untuk Hias Kelas Anak Murid
Guru Malaysia diiktiraf antara terbaik di dunia
Seperti baru-baru ini, seorang guru matematik di Seremban telah terpilih antara 18 guru terbaik dunia bagi menyertai kursus Program Fulbright Teaching Excellence and Achievement (TEA) Spring 2025 di Amerika Syarikat (AS).
Guru Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tuanku Ja’afar, Lee Chye Mei menjadi satu-satunya wakil Malaysia selepas melalui tapisan ketat daripada ribuan pemohon sebelum terpilih ke Georgia State University.
“Pengalaman ini benar-benar membuka mata saya. Saya belajar bagaimana pelajar boleh menjadi lebih aktif, kritis dan yakin apabila guru bertindak sebagai fasilitator, bukan hanya penyampai ilmu,” katanya dipetik Harian Metro.
Difahamkan, selain terpilih menyertai program tersebut, Lee juga berpeluang mengajar di North Atlanta High School selama enam minggu.
Suasana kelas di AS lebih hidup, tak lepaskan peluang perkenal budaya Malaysia
Menurutnya yang kini berada di AS, suasana kelas di sana lebih hidup dan interaktif kerana menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar serta penggunaan teknolohi secara kreatif.
Lee juga tidak melepaskan peluang memperkenalkan budaya Malaysia kepada komuniti sekolah dan rakan dari negara lain.
“Bercerita mengenai Malaysia memberi saya rasa bangga yang sukar digambarkan. Ia bukan sekadar mengenai makanan atau pakaian, tetapi nilai, harapan dan semangat rakyat kita,” katanya lagi.
Tidak hanya itu, Lee turut menzahirkan penghargaan kepada Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE) atas peluang yang diberikan ini.
“Tanpa dorongan mereka, saya mungkin tidak berada di sini. Mereka nampak potensi kecil yang mampu beri impak besar,” katanya lagi.
Berkongsi lanjut, Lee berkata peranan guru bukan hanya mendidik di bilik darjah, tetapi membina keyakinan anak muda supaya berani bermimpi dan percaya pada potensi diri.
“Setiap kali pelajar bertanya soalan dengan yakin, itu petanda perubahan sedang bermula,” ujarnya.
Baca Artikel Berkaitan: Cikgu Dari Malaysia Dinobat Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge
Baca Artikel Berkaitan: Cikgu Kimia Dari Ipoh Dapat Anugerah Global Teacher Award 2021
Source:

![Tular Rakaman Audio Staf HR Mengamuk, Enggan Keluar Surat Pecat Pekerja & Paksa Staf Karang Sendiri [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)

![“Please Buat Report” – Ramai Geram Lihat Lelaki Sengaja Tendang Kucing Masuk Longkang [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/pets.jpeg)

