
CIMB Artober 2025: Lima Tahun Perkasa Ekosistem Seni Malaysia
CIMB Artober Art & Soul 2025 (“CIMB Artober”), acara seni tahunan perdana kendalian CIMB Group Holdings Berhad (“CIMB” atau “Kumpulan”) kembali untuk tahun kelima dengan matlamat menjadi pemacu ekonomi kreatif Malaysia. Sebagai antara salah satu acara seni utama negara, CIMB Artober mengukuhkan komitmen Kumpulan untuk membangunkan ekonomi kreatif merentasi ASEAN.
Pelancarannya telah disempurnakan oleh Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, diiringi Datuk Syed Zaid Albar, Pengerusi CIMB Group serta Novan Amirudin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, CIMB Group.
Delegasi daripada Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (“AEM”) juga turut serta pada majlis pelancaran rasmi CIMB Artober Art & Soul 2025, menyokong kedudukan Malaysia selaku hab pertukaran kreatif dan kebudayaan di rantau ini. Ia juga membuktikan pengiktirafan dan kepentingan Malaysia sebagai arena seni yang rancak serta hab kreatif dan kebudayaan di rantau ASEAN.
Novan berkata, “Artober ialah berkenaan seni untuk semua. Seni yang memberi inspirasi untuk cara kita berfikir, yang mencabar kita untuk mengambil pendirian, dan yang mendorong kita untuk mengimaginasi semula dunia bukan hanya sekadar mewarisinya. Seni yang menguatkan suara yang kurang didengari, memupuk rasa empati dan mengukuhkan komuniti. Sama seperti seni, CIMB mengetengahkan diversiti dan memastikan semua meraih kecemerlangan. Matlamat kami ialah memperkasa pelanggan dan masyarakat, memupuk keterangkuman dan membawa lebih makna untuk masyarakat sekitar ASEAN. Sebab itulah Artober adalah lebih daripada sekadar pameran seni. Ia adalah platform inspirasi.”

Sejak diperkenalkan pada 2020, CIMB Artober telah meraih lebih RM20 juta yang memanfaatkan komuniti seni dan mengetengahkan kira-kira 1,000 karya seni setiap tahun.
Kini memasuki tahun kelimanya, CIMB Artober telah berkembang menjadi salah satu platform kesenian paling utama di Malaysia, mempamerkan lebih 30 galeri dan pengusaha, serta lebih 100 karyawan tahun ini, termasuk Taksu, G13 Gallery, Art+ Contemporary, Galeri Sasha, O Sculpture Art Space dan Richard Koh Projects akan mempamerkan hasil kerja seni mereka.
Tarikan di CIMB Artober 2025 termasuklah:
Pameran karya-karya yang julung kali ditayangkan kepada umum daripada koleksi peribadi peninggalan karyawan legenda Allahyarham Datuk Ibrahim Hussein. • Pameran solo oleh Prof. Zulkifli Yusoff berjudul “Transparency”, Daud Rahim bertajuk “The Mirror Within, The Soul of My True Self”, dan Tan Kai Sheuan bertajuk “Nothing Exists Alone”.
Pameran produk kraftangan dan tekstil daripada Mah Meri Cultural Village dan Jabatan Penjara Malaysia.
Pahang Pavilion, inisiatif DYMM Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, kembali tahun ini dengan selendang Songtik® menggabungkan tradisi tenun dan batik, di samping tekstil Iban iaitu ikat dan pua karap daripada Sarawak.
Sesi dialog seni melibatkan nama-nama terkenal termasuk DYMM Tunku Azizah, serta tetamu-tetamu antarabangsa.
Pameran seni dan fesyen menampilkan busana-busana ikonik Aina Abdul rekaan pereka fesyen tekemuka Melinda Looi.

CIMB juga akan mengadakan pembidaan seni pada Ahad, 28 September 2025, dengan hasil bidaan akan disalurkan kepada Gaza, dikendalikan oleh Mercy Malaysia, mempamerkan mesej jelas terhadap matlamat Kumpulan untuk memperkasa pelanggan dan.
Tahun ini, CIMB Artober juga berinovasi ke arah aspirasi digital, menerusi katalog digital dengan pelbagai dimensi dan kaedah baharu untuk menyaksikan seni, termasuk fungsi yang membolehkan pengumpul seni menggambarkan karya seni di rumah mereka.
Diadakan dari 26-28 September, antara 12.00 tengah hari dan 8.00 malam di Dewan 1, Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa (“MITEC”), Kuala Lumpur, dan masuk adalah percuma untuk semua.

Pemilik kad CIMB boleh menikmati 10% diskaun untuk pembelian minimum RM10,000 dan 15% diskaun untuk pembelian lebih RM25,000 dalam satu resit menggunakan mana-mana kad kredit, debit atau prabayar CIMB di galeri yang mengambil bahagian. Tertakluk pada terma dan syarat.
Untuk maklumat lanjut berkenaan CIMB Artober 2025, sila layari http://CIMB.com.my/artober
The post CIMB Artober 2025: Lima Tahun Perkasa Ekosistem Seni Malaysia appeared first on Siakap Keli.





