“Cincin ni adalah tanda titik peluh I bekerja” – Pengantin Terkilan Dapat Tahu BA Curi Duit Mas Kahwin & Cincin Masa Hari Nikah

8 Jun 2026 • 6:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft BA

Seorang bekas pengantin meluahkan rasa geram dan terkilan dengan didakwa sikap khianat Pembantu Pengantin atau Bride Assistant (BA) yang berkhidmat dengannya pada hari majlis perkahwinan yang berlangsung awal tahun lalu.

Menerusi Threads, pengantin wanita yang dikenali sebagai @alya.nays ini menceritakan bahawa dia kehilangan dua barang penting semasa hari perkahwinannya iaitu duit mas kahwin dan cincin kahwin.

Dalam satu hantaran yang dikongsikan, Alya turut menunjukkan yang satu keratan sesi live semasa hari majlis berlangsung sebagai bukti menunjukkan bahawa wang mas kahwin itu telah ‘dikebas’ oleh BA tersebut.

Dalam video tersebut, dilihat BA itu menawarkan diri untuk memegang satu dokumen hijau yang dipercayai sijil sementara kahwin dan sebuah sampul surat yang dipercayai wang mas kahwin yang bernilai RM500 dalam bentuk tunai.

Jelas Alya, biarpun ia bukan skop kerja seorang BA untuk memegang duit mas kahwin itu, Alya mendakwa BA tersebut dengan melulu mengambil sampul surat tersebut.

 

View on Threads

 

Alya menjelaskan bahawa dia ada menghubungi BA tersebut selepas majlis berlangsung, namun mesej tersebut tidak dibalas sehingga suami Alya memberikan amaran keras untuk membuat laporan polis terhadap BA tersebut.

BA itu tampil memberikan respon dan membayar wang berkenaan kepadanya. Bagaimanapun, berkenaan dengan cincin kahwin itu, Alya menjelaskan kepada LOBAK MERAH bahawa dia yakin ianya ‘dicuri’ oleh BA tersebut sebab yang dijelaskan di bawah.

“Cincin ni adalah tanda titik peluh i bekerja, K*KI. TOLONG PULANGKAN BALIK K*KI!!! I tengah tunggu u balas ws i. Lama you sidai i kan? I tahu u tengah baca semua threads i ni. U better balas mesej i. Kata maaf apa semua takde. U mmg kurang ajar dan u pijak semua kebaikan dan kepercayaan yang i beri! U gila K*KI!”

Menerusi profil milik Alya, dilihat ramai lagi pengantin mengalami situasi lebih kurang sama seperti mana yang dialami oleh Alya apabila berurusan dengan BA tersebut.

Oleh itu, Alya menjelaskan bahawa dia kini sedang dalam proses untuk mengambil tindakan yang sepatutnya kepada BA tersebut.

Sumber : Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.