Cip Pemprosesan Qualcomm Dragonfly C1000 Akan Menguasakan Pusat-Pusat Data Meta Kelak

TechnologyDigital
25 Jun 2026 • 5:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Qualcomm dan Meta hari ini telah mengumumkan perkongsian di masa akan datang kelak, dimana penawaran cip pemprosesan pusat data Qualcomm, yang dinamakan Qualcomm Dragonfly C1000 akan menguasakan pusat-pusat data untuk Meta di masa akan datang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Qualcomm, penawaran cip pemprosesan pusat data ini akan mula dihasilkan secara besar-besaran menjelang tahun 2028 kelak. Siri cip pemprosesan ini dikatakan akan hadir dengan penawaran kuasa pemprosesan yang hebat, tetapi dengan penggunaan kuasa yang cekap. sesuai untuk penggunaan syarikat seperti Meta, yang dilihat mahu menskalakan kemampuan pemprosesan data dan kecerdasan buatan mereka pada skala yang lebih besar di masa akan datang.

Image from: Cip Pemprosesan Qualcomm Dragonfly C1000 Akan Menguasakan Pusat-Pusat Data Meta Kelak

Cristiano Amon, CEO Qualcomm mengatakan bahawa mereka telah mereka-bentuk CPU pusat data Dragonfly C1000 ini untuk memberikan prestasi terbaik pada setiap teras dan telah memperlihatkan kejayaan dalam kecekapan kuasa untuk penggunaan pusat data berskala besar. Perjanjian berbilang generasi dengan Meta ini merupakan pengesahan penting bagi pendekatan tersebut.

Pengumuman ini dilihat sebagai langkah seterusnya dalam fasa terbaru Qualcomm untuk cuba mempelbagaikan sumber pendapatan mereka dengan memasuki sektor komponen pusat data dan automotif, dan tidak terlalu bergantung kepada perniagaan cip peranti pintar.

Sebelum ini, kami juga telah melaporkan bahawa Qualcomm sedang dalam perbincangan untuk mengambil-alih syarikat pemula cip AI Modular Inc, dan untuk merekacipta cip khas untuk kegunaan pusat data ByteDance.

Sumber: Qualcomm

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved