Cipta Jalur Gemilang gergasi guna 1,400 botol mineral

LocalEnvironment
28 Aug 2026 • 11:13 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Cipta Jalur Gemilang gergasi guna 1,400 botol mineral

MERSING – Sebanyak 1,400 botol air mineral terpakai ‘disulap’ menjadi Jalur Gemilang gergasi oleh warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing sebagai simbol kreativiti dan semangat patriotik sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Replika unik yang dipasang di Kompleks Perumahan Polis Mersing itu bukan sahaja mencuri perhatian, malah mengetengahkan mesej kelestarian alam sekitar menerusi penggunaan bahan kitar semula.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, pembinaan replika berkenaan dilakukan secara berperingkat menerusi aktiviti gotong-royong dalam kalangan warga IPD Mersing sebelum siap sepenuhnya pada 17 Ogos lalu.

Menurutnya, idea menghasilkan Jalur Gemilang menggunakan botol mineral terpakai itu turut bertujuan memupuk semangat kerjasama selain menyemai kecintaan terhadap negara dalam kalangan kanak-kanak sejak usia muda.

“Penggunaan botol mineral terpakai ini bukan sahaja simbolik kemerdekaan, malah bukti sokongan IPD Mersing terhadap kempen kitar semula dan kelestarian alam sekitar.

“Mersing merupakan daerah pelancongan lestari, jadi kehadiran pelancong luar sempena musim cuti sekolah ini diharap dapat menghayati mesej kebangsaan yang cuba disampaikan menerusi replika ini,” katanya ketika ditemui di Kompleks Perumahan Polis Mersing, semalam.

Selain itu beliau berkata, seramai 116 pegawai, anggota serta ahli Persatuan Keluarga Polis menakluki puncak Gunung Arong pada 23 Ogos lalu bagi mengukuhkan semangat keperwiraan, sekali gus menguji ketahanan fizikal warga polis. – KOSMO! ONLINE

The post Cipta Jalur Gemilang gergasi guna 1,400 botol mineral appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved