“Isteri Dah Cantik Pun Suami Cari Lain, Apatah Lagi Kalau Isteri Comot” – Umisya Mazlan

EntertainmentLifestyle
30 Jul 2025 • 12:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui platform TikTok, tular satu video memaparkan personaliti media sosial, Umisya Mazlan bersama suami, Aslam bergurau senda hingga menarik perhatian ramai.

Tak salah wanita bergelar isteri kekalkan kecantikan

Dapat dilihat dalam klip video tersebut, Umisya yang sedang menjual tudung jenamanya berkata tidak salah untuk wanita yang sudah bergelar isteri untuk kekal menjaga kecantikannya.

Namun, Aslam mempunyai pandangan lain, di mana dia merasakan isteri tidak perlu kelihatan cantik di mata orang lain dan biar suami saja yang melihat kecantikan isteri.

Susulan itu, Umisya membalas pandangan Aslam dengan menyatakan jika penampilan isteri terjaga, orang luar pasti akan memuji suami pandai menjaga isteri.

“Kalau lelaki nak cari lain, isteri mekap atau tidak tetapi cari lain..”

Isteri sudah cantik pun ada juga suami cari lain, apatah lagi kalau isteri comot.

Dalam pada masa yang sama, wanita itu berkata kecantikan isteri tidak boleh membuat suami kekal setia dan itu membuatkan Aslam terdiam.

Tidak kisahlah, lelaki itu kalau nak cari lain isteri mekap atau tidak, sama sahaja tetap akan cari lain juga. Bernanah sudah telinga?

image is not available 2025-07-28 12:10:21

Video 'Couple Questions' Aslam & Umisya Kembali Tular, Soalan Netizen Di Komen Curi Perhatian - "Siapa Yang Curang?"

View Original Article