Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya, Tya Adnan tampil membalas kecaman warganet yang mempertikaikan rekaan pakaian sukan muslimah terbarunya yang didakwa panas, tidak praktikal dan terlalu berlebihan untuk aktiviti fizikal. Menerusi kenyataan tegas di media sosial, Tya menjelaskan bahawa rekaan tersebut bukan dihasilkan untuk memuaskan pandangan manusia tetapi demi mematuhi tuntutan agama. Menurutnya, masyarakat perlu mula membiasakan diri melihat wanita muslimah yang aktif dan yakin tanpa perlu mengorbankan prinsip aurat. Tya juga menjawab sindiran sesetengah pihak yang mempersoalkan kehadiran wanita berniqab di media sosial, seolah-olah mereka hanya layak berdiam diri di rumah. Artikel lain: Tak ketat! Tya Adnan reka pakaian sukan muslimah – “Labuh depan belakang” Tambahnya lagi, tidak semua orang mampu menerima wanita muslimah yang bersukan sambil menjaga aurat, namun itu bukan alasan untuk tunduk kepada persepsi negatif. Perkongsian tersebut menerima sokongan ramai netizen yang menyifatkan kenyataan Tya sebagai berani, padu dan memberi inspirasi kepada wanita muslimah lain untuk kekal teguh dengan prinsip agama. Sumber: Threads tyaadnan
“Kita buat baju longgar, besar, tutup aurat. Bukan untuk sedap mata orang pandang. Tapi untuk Allah pandang kita dengan rahmat-Nya,” katanya.
“Kalau tak biasa tengok, biasakan. Ini bukan trend sementara. Ini perjuangan. Aurat bukan ikut trend. Aurat ikut Tuhan. Kalau pakaian yang menutup tubuh dianggap berlebihan, mungkin hati kita yang kekurangan hidayah,”ujarnya.

Pakaian tutup aurat dianggap berlebihan, mungkin hati kita kurang hidayah
“Mereka kata, kalau dah berniqab, duduk rumah diam-diam. Tak payah post di media sosial.
“Tapi kalau semua wanita berniqab diam, siapa yang nak normalisasikan pakaian yang Allah redha?
“Kami bukan muncul untuk glamor. Kami muncul untuk menormalisasikan syariat. Bukan untuk populariti. Tapi untuk generasi,”jelas ibu kepada dua cahaya mata itu.

“Tak semua orang boleh hadam wanita muslimah yang confident, bersukan, dan tetap menutup aurat.
“Tapi itu tak bermakna kita perlu ubah diri kita. Yang tak selesa tengok, boleh teruskan scroll. Kami masih di sini, dan terus berkembang. Semoga Allah bantu,”ujarnya lagi.



