City kejar masa ikat Fernandez

FootballSports
13 Aug 2026 • 3:52 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: City kejar masa ikat Fernandez

LONDON: Chelsea memberi Manchester City tempoh sehingga hari ini untuk menyelesaikan urusan perpindahan Enzo Fernandez dengan nilai 120 juta pound (RM661.57 juta).

Bagaimanapun, jika skuad kendalian Enzo Maresca gagal berbuat berkenaan, bintang tengah Piala Dunia Argentina itu kekal di Stamford Bridge Bersama Xabi Alonso.

Chelsea dilaporkan sudah memaklumkan pendirian itu kepada City, sekali gus menetapkan tarikh akhir yang jelas bagi kelab berkenaan mendapatkan khidmat pemain berusia 25 tahun itu.

Fernandez sebelum ini secara terbuka menyuarakan keinginannya untuk meninggalkan Chelsea sejak Mac lalu, selain pernah dikaitkan dengan gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Maresca yang pernah mengendalikan Chelsea sebelum ini, turut berminat mendapatkan khidmat bekas pemain Benfica itu bagi menggantikan Rodri sekiranya pemain tengah Sepanyol berkenaan meninggalkan Etihad.

Rodri dilaporkan berminat untuk menyertai Barcelona, namun City sudah menolak tawaran awal 55 juta pound (RM303.22 juta) daripada kelab Catalan itu.

City meletakkan nilai 70 juta pound (RM385.91 juta) untuk pemain terbabit, namun terdapat spekulasi mereka mungkin bersedia berunding sekiranya tawaran melebihi 60 juta pound (RM330.78 juta.

Situasi itu dijangka memberi kelebihan kepada Barcelona dalam rundingan selain membuka kemungkinan City perlu bertindak pantas untuk mendapatkan pengganti Rodri.

Chelsea bagaimanapun tidak menunjukkan tanda mahu menurunkan harga Fernandez dan menegaskan pemain itu hanya akan dilepaskan jika tuntutan 120 juta pound (RM661.57 juta) dipenuhi sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Kegagalan City mencapai persetujuan sebelum pukul 5 petang esok akan menyaksikan Fernandez kekal bersama Chelsea.

Fernandez sebelum ini turut mengkritik keputusan Chelsea memecat Maresca dalam satu temu bual ketika menjalani tugasan antarabangsa pada Mac lalu.

Pengendali baharu Chelsea, Alonso, pula mahu Fernandez terus kekal di kelab berkenaan namun pihak pengurusan sudah meneroka beberapa pilihan sekiranya perpindahan itu berlaku.

Antara pemain yang dikaitkan ialah pemain tengah Bournemouth, Alex Scott, yang sebelum ini menyaksikan tawaran 64 juta pound (RM352.84 juta) ditolak.- AGENSI

 

The post City kejar masa ikat Fernandez appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved