CMCF, Finas jumpa pihak produksi Madu atau Racun petang ini

LocalMovie
2 Sep 2026 • 4:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: CMCF, Finas jumpa pihak produksi Madu atau Racun petang ini

PUTRAJAYA- Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan mengadakan pertemuan dengan pihak produksi serta platform penstriman petang ini bagi mendapatkan penjelasan menyeluruh berhubung kandungan membabitkan drama Madu atau Racun.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pertemuan itu diadakan susulan isu berkenaan yang dibincangkan secara meluas di platform media sosial serta kenyataan yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.

“Walaupun kandungan drama dan filem yang disiarkan melalui platform over-the-top (OTT) pada masa ini tidak tertakluk secara langsung kepada pemantauan pelesenan Finas, namun kementerian telah mengarahkan CMCF bersama dengan Finas untuk mengadakan pertemuan dengan pihak produksi dan juga pihak iQIYI.

“Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juga akan turut mengambil bahagian dalam pertemuan tersebut,” katanya menerusi sidang akhbar mingguan di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menolak tayangan drama Madu atau Racun yang didakwa menimbulkan keresahan serta kontroversi dalam kalangan masyarakat.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga jurucakap kerajaan Perpaduan menjelaskan bahawa Finas mempunyai bidang kuasa mengawal selia aktiviti berkaitan perfileman atau pawagam, manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengawal selia perkara berkaitan penyiaran televisyen dan komunikasi.

Namun, katanya, platform penstriman OTT pada masa ini belum tertakluk sepenuhnya kepada kerangka pelesenan seperti yang dikenakan terhadap penyiaran konvensional. – KOSMO! ONLINE

The post CMCF, Finas jumpa pihak produksi Madu atau Racun petang ini appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved