iQIYI beri kerjasama, sunting semula Madu Atau Racun

LocalEntertainment
2 Sep 2026 • 9:05 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: iQIYI beri kerjasama, sunting semula Madu Atau Racun

HULU KELANG: Saluran penstriman dalam talian, iQIYI bersedia menyunting babak tidak bersesuaian dalam drama Madu Atau Racun yang mengundang kecaman orang ramai.

Wakilnya, Dinesh Ratnam memaklumkan pihaknya memahami garis panduan Lembaga Penapisan justeru sedia bekerjasama untuk memperbetulkan keadaan.

“Walaubagaimanapun kami sedia mengambil langkah sewajarnya, melakukan perubahan dengan menyunting mana-mana babak yang tidak sesuai untuk tontonan umum dan meneliti enam episod awal yang telah ditayangkan,” katanya.

Denish berkata demikian semasa mesyuarat khas yang diadakan bagi membincangkan isu tersebut di Pejabat Finas , Hulu Kelang.

Mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin itu dihadiri wakil MIG, Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan ramai lagi.

Bagaimanapun Dinesh memaklumkan drama Madu Atau Racun sebenarnya mengandungi mesej dan pengajaran yang baik sekiranya ditonton sehingga habis.

“Cerita ini tidak ada kaitan dengan aktiviti songsang, ia membawa mesej tentang tanggungjawab suami apabila berkahwin dua dan peranan isteri-isterinya.

“Banyak pengajaran yang boleh diambil menerusinya. Cuma apabila klip-klip yang ditayangkan disalah tafsir, ia bertukar menjadi isu sensasi,” katanya lagi.

Terdahulu drama 12 episod itu dihujani kecaman gara-gara penayangan beberapa babak yang menjurus kepada aktiviti songsang membabitkan pelakon Elisya Sandha dan Uqasha Senrose.

Babak-babak tersebut turut mengundang perhatian Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan yang kesal dengan penayangannya.

Menambah kekhuatiran apabila babak-babak tersebut telah dikumpul netizen dan ditayangkan secara percuma di aplikasi TikTok.- UTUSAN

The post iQIYI beri kerjasama, sunting semula Madu Atau Racun appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved