CMF Watch 3 Pro Didapati Muncul Sebelum Pelancaran Rasmi

TechnologyDigital
14 Jul 2025 • 4:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jam tangan baharu CMF Watch 3 Pro tertiris lebih awal daripada pelancaran rasmi selepas imej kotak bungkusannya tersebar di media sosial. Pendedahan awal ini memperlihatkan beberapa spesifikasi utama dan perubahan reka bentuk yang kecil.

image is not available

CMF Watch 3 Pro hadir dengan paparan bulat bersaiz 1.43″ lengkap dengan tombol berputar di sebelah kanan. Reka bentuknya turut menggabungkan kemasan plastik melengkung untuk keselesaan pemakaian sambil mengekalkan nilai moden. Ia turut dilengkapi modul GPS dengan sokongan GNSS dwi-jalur serta lima perkhidmatan penentuan lokasi tambahan.

image is not available

Lebih daripada 130 mod sukan tersedia manakala hayat bateri dijangka bertahan 13 hari bergantung kepada corak penggunaan. Maklumat harga rasmi masih belum diumumkan tetapi sebagai perbandingan model terdahulu CMF Watch Pro 2 dengan paparan 1.32″ dan GPS sebelum ini dijual pada RM339 seutas.