“Comelnya MB Kami” – MB Selangor Dalam MV Lagu Raya Nabila Razali Raih Perhatian Ramai [Video]

LocalEntertainment
28 Mar 2025 • 2:46 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri, pasti ketika ini sudah banyak iklan-iklan dan lagu-lagu raya baru yang dimainkan di radio, kaca televisyen dan dimuat naik di media sosial.

Seperti kebiasaannya, iklan atau music video (MV) lagu raya akan menampilkan barisan-barisan pelakon yang sudah terkenal selain penyanyi itu sendiri.

MB Selangor dalam MV lagu raya baharu Nabila Razali

Bagaimanapun, lain pula dengan MV lagu raya baharu Nabila Razali, ‘Raya Mana?’ apabila ada penampilan khas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Di dalam MV baharu lagu raya yang popular sejak tahun lalu itu, Amirudin memegang watak sebagai suami kepada Nabila.

Ibu bapa mereka tinggal di kampung sama dan berjiran, bagaimanapun Amirudin dan Nabila tetap berbalah dalam menentukan raya pertama di rumah keluarga siapa dahulu.

Untuk menentukannya, mereka bermain permainan kampung iaitu ‘burung batu air’ dan ‘baling selipar’.

MB Selangor sempoi habis berlakon, siap menari-nari dalam MV

Video terbabit mendapat perhatian ramai kerana Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu dilihat begitu sempoi memegang wataknya sebagai suami.

Malah, karakter yang dibawanya juga kelihatan amat melucukan semasa babak bermain permainan baling selipar.

Tidak hanya itu, beliau juga terlihat ‘sporting’ apabila turut menari bersama-sama Nabila dan beberapa penari lain di dalam MV itu.

@nabila.razalii

“Raya tahun ni, kampung siapa menang undi?” Saya dan Dato’ MB @Amirudin Shari ada satu soalan penting je nak tanya… RAYA MANA? Tonton sekarang, confirm senyum sampai raya kedua! #RayaMana #KitaSelangor

♬ original sound – nabila.razali – nabila.razali

Netizen beri pelbagai reaksi, puji MB Selangor ‘sporting’ dan nampak comel

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi selepas melihat MV terbabit.

Kebanyakan mereka menyifatkan Amirudin sebagai seseorang yang sangat ‘sporting’ dan sememangnya mesra rakyat.

Tidak kurang juga beberapa individu yang mendakwa Amirudin kelihatan sangat comel di dalam MV berkenaan seperti Ehsan di dalam filem Upin & Ipin versi dewasa.

image is not available

image is not available

image is not available