Comfort Gloves, LHDN capai persetujuan selesaikan pertikaian cukai RM99.3 dengan bayaran RM8.3 juta

LocalBusiness & Finance
23 Oct 2026 • 2:55 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Comfort Gloves, LHDN capai persetujuan selesaikan pertikaian cukai RM99.3 dengan bayaran RM8.3 juta Image from: Comfort Gloves, LHDN capai persetujuan selesaikan pertikaian cukai RM99.3 dengan bayaran RM8.3 juta hamden23/10/2026 - 14:55 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 23 Okt – Comfort Gloves Bhd mencapai persetujuan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyelesaikan pertikaian cukai melibatkan dua anak syarikat milik penuhnya berjumlah RM8.3 juta.

 

Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia, pengeluar sarung tangan itu berkata persetujuan dicapai oleh Comfort Rubber Gloves Industries Sdn Bhd dan Gallant Quality Sdn Bhd pada 22 Oktober 2026, tertakluk kepada pemuktamadan dokumentasi penyelesaian.

 

Menurut syarikat itu, penyelesaian berkenaan dijangka tidak memberi kesan kewangan material kepada kumpulan memandangkan jumlah terbabit telah diperuntukkan dalam penyata kewangan kedua-dua anak syarikat berkenaan.

 

Selepas dokumentasi penyelesaian dimuktamadkan, kedua-dua anak syarikat itu akan menghentikan semua prosiding undang-undang berkaitan taksiran cukai yang dipertikaikan, sekali gus menamatkan pertikaian tersebut secara penuh dan muktamad.

 

Comfort Gloves turut menjangkakan penyelesaian itu tidak akan memberi sebarang kesan buruk material tambahan terhadap operasi kumpulan.

 

Artikel Berkaitan: Comfort Gloves saman LHDN pertikai cukai tambahan RM99 juta

 

Pertikaian itu bermula pada April 2024 apabila kedua-dua anak syarikat berkenaan memulakan prosiding undang-undang terhadap LHDN berhubung taksiran cukai tambahan berjumlah RM99.3 juta.

 

Taksiran itu timbul susulan penilaian semula LHDN terhadap tempoh asas cukai selepas Comfort Gloves menukar tarikh akhir tahun kewangannya kepada 31 Disember 2021, walaupun syarikat itu sebelum ini telah memperoleh kelulusan yang diperlukan. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved