Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui apabila berada di stesen minyak terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan seperti bermain telefon, menggunakan bahan api, merokok dan banyak lagi.
Mana-mana individu yang melakukan kesalahan tersebut di stesen minyak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Lelaki merokok sambil jalan di antara pam minyak
Baru-baru ini tular satu video memaparkan tindakan seorang lelaki yang selamba menghisap rokok sewaktu berada di stesen minyak.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Wan Mannan di Threads, awalnya kelihatan seorang lelaki berbaju coklat sedang berjalan di antara pam minyak.
Pegang puntung rokok yang dipercayai sudah dibakar
Namun apa yang menjadi perhatian, lelaki itu dilihat berjalan sambil memegang sebatang puntung rokok yang sudah dinyalakan dipercayai di tangan kanan.
Bukan hanya itu, dia turut dilihat seperti ada menghisap rokok tersebut apabila mengangkat tangan dan seolah-olah meletakkan ke bahagian mulut sambil beredar meninggalkan kawasan pam minyak.
Video memaparkan tindakan tidak bertanggungjawab lelaki itu turut menarik perhatian ramai serta mengundang kritikan.
View on Threads
Tindakan lelaki pegang rokok sambil berjalan di stesen minyak undang kritikan
Melihat di ruangan komen, ramai yang berang kerana ia boleh menyebabkan berlakunya perkara tidak diingini seperti kebakaran dan sebagainya.
Malah ada yang mengatakan menerusi video lelaki itu dilihat berjalan pada jarak enam meter dari nozel pam pada pam minyak dan ia sangat berisiko.
Ada juga yang berpendapat individu yang merakam video berkenaan sepatutnya menegur tindakan lelaki yang merokok itu.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman pernah berdepan dengan situasi sama apabila terdapat individu yang merokok di kawasan stesen minyak.
Boleh dikenakan denda atau penjara
Sebagai info tindakan merokok di kawasan stesen minyak boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
Sekiranya sabit kesalahan individu boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tak melebihi daripada dua tahun.
Berikut adalah komen netizen:
“Dulu masa kerja dekat pam minyak, ada jenis ba*hal macam ni. Ada abang naik motor tegur dengan member kerja aku tegur. Dia buat kepala dia tak terbakar pun katanya.”
![Image from: Selamba Hisap Rokok Di Stesen Minyak, Tindakan Lelaki Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/lelaki-pegang-putung-rokok-1.jpg)
“Sebagai seseorang yang dalam bidang ni, jujur cakap ni perbuatan bahaya nak mampus. Point paling kritikal adalah sekitar 0.5 meter dari nozzle plam, dekat situ vapor paling tinggi. Dari 0.5 meter sampai 6 meter boleh undang risiko sederhana.”
![Image from: Selamba Hisap Rokok Di Stesen Minyak, Tindakan Lelaki Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/lelaki-pegang-putung-rokok-2.jpg)
“Bagi dia itu cuma tiada apa-apa tapi kalau ada gas bocor, meletop di petrol pam ni. Jangan main-main eh”
![Image from: Selamba Hisap Rokok Di Stesen Minyak, Tindakan Lelaki Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/lelaki-pegang-putung-rokok-3.jpg)






