Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo dan isterinya, Georgina Rodríguez mendedahkan bahawa mereka memilih untuk melangsungkan perkahwinan dalam suasana sederhana dan tertutup di kediaman mereka di Cascais, Portugal.
Pendedahan itu sekali gus menepis dakwaan sebelum ini yang mengatakan pasangan berkenaan mengadakan majlis perkahwinan di sebuah lokasi eksklusif di negara tersebut.
AdvertisementView this post on Instagram
Dalam wawancara bersama majalah Vogue yang diterbitkan semalam, Ronaldo dan Georgina berkongsi beberapa butiran mengenai majlis perkahwinan mereka yang berlangsung pada 11 Ogos lalu.
Lebih istimewa, majlis berkenaan hanya dihadiri lima anak mereka iaitu Cristiano Jr., pasangan kembar Eva Maria dan Mateo serta Alana dan Bella.
Ronaldo, 41, dan Georgina, 32, sebelum ini mengejutkan peminat selepas mengesahkan mereka sudah sah bergelar suami isteri selepas menjalinkan hubungan sejak 2016.
Pasangan itu memilih tarikh 11 Ogos kerana ia turut menandakan genap 10 tahun sejak pertemuan pertama mereka di sebuah butik Gucci di Madrid, Sepanyol.
Pada hari bersejarah tersebut, Georgina tampil mengenakan sut putih rekaan Gucci yang dipadankan dengan kasut satin.
Ronaldo pula memilih sut kapas berwarna kuning air cerah bersama kasut khas, manakala kelima-lima anak mereka turut mengenakan pakaian dalam rona putih dan kuning air.
@cristianovintage Cristiano Ronaldo and Georgina Rodriguez’s wedding Video ??? Via: @Vogue #cristianoronaldo #ronaldo #georginarodriguez #cristiano #wedding
Pemilihan warna senada itu menjadikan majlis berkenaan kelihatan lebih tersusun meskipun berlangsung secara tertutup tanpa kehadiran tetamu yang ramai.
Ronaldo dan Georgina sebelum ini mengumumkan pertunangan mereka pada Ogos tahun lalu selepas hampir sedekad menjalinkan hubungan.
Selepas berkahwin, pasangan itu dilaporkan tidak merancang untuk pergi berbulan madu kerana Ronaldo perlu kembali memberikan tumpuan terhadap komitmen kerjayanya bersama kelab Al-Nassr.
Bagaimanapun, Ronaldo menyifatkan setiap hari yang dilalui bersama Georgina sebagai satu bentuk bulan madu, sekali gus menunjukkan bahawa pasangan berkenaan lebih mengutamakan kehidupan bersama keluarga berbanding kemeriahan majlis berskala besar.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

'Pengumuman Istimewa' Syed Saddiq Dan Bella Astillah 18 Ogos Nanti, Netizen Mula Berteka-Teki
The post Cristiano Ronaldo, Georgina Rodríguez Pilih Nikah Sederhana Di Ruang Tamu Kediaman first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

![[VIDEO] Ronaldo, Georgina dedah nikah di ruang tamu rumah](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/Screenshot_20260817_075028_Instagram-1024x923.jpg)



