CSA perkukuh kestabilan politik, kesinambungan pentadbiran negara

LocalPolitics
30 Oct 2026 • 11:37 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: CSA perkukuh kestabilan politik, kesinambungan pentadbiran negara

KUALA LUMPUR – Pemeteraian Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) antara Kerajaan Perpaduan dengan Parti Bersatu serta Ahli Parlimen Bebas semalam menjadi langkah signifikan dalam memperkukuh kestabilan politik dan memastikan kesinambungan pentadbiran negara.

Ahli Parlimen Sekijang. Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata. kesepakatan itu turut memberikan keyakinan bahawa agenda pembangunan ekonomi, pelaksanaan Belanjawan 2027 dan reformasi institusi dapat diteruskan dengan lebih teratur.

“Dalam keadaan ekonomi global yang semakin mencabar, kestabilan politik dan kepastian dasar antara asas penting untuk mengekalkan keyakinan pelabur serta menjamin kesejahteraan rakyat.

“Lebih menarik, ketika masih terdapat pihak yang ghairah dengan percaturan untuk menggugat kerajaan, perkembangan hari ini membuktikan perbezaan politik tidak semestinya menghalang kerjasama demi kepentingan negara,” katanya.

Dr. Zaliha yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC) berharap langkah itu membolehkan seluruh Ahli Parlimen memberi tumpuan kepada tanggungjawab masing-masing termasuk memastikan dasar dan peruntukan yang diluluskan benar-benar membawa manfaat kepada rakyat.

Beliau berkata, kestabilan politik bukan sekadar soal siapa yang memerintah, tetapi sejauh mana negara dapat terus melangkah ke hadapan tanpa kemajuan ekonomi terjejas akibat percaturan kuasa.

Semalam, Kerajaan MADANI menandatangani CSA dengan enam anggota Parlimen Bersatu yang diketuai Presiden Parti Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tujuh yang lain termasuk anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
– BERNAMA

The post CSA perkukuh kestabilan politik, kesinambungan pentadbiran negara appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved