CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor

LocalCars
13 Oct 2026 • 1:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor

Photo-1-(5).png Syarikat pembuat kereta nasional, Perodua, menyerahkan sembilan unit kenderaan baharu kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor dan IPD KLIA semalam sebagai sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di Selangor.Langkah CSR Sokong Penguatkuasaan Undang-Undang

Sumbangan yang terdiri daripada tujuh unit Perodua Ativa dan dua unit Perodua Aruz ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Perodua.

Inisiatif ini bertujuan melancarkan urusan perkhidmatan dan rondaan pihak polis demi keselamatan masyarakat tempatan.

Photo-3-(3).png

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad,  menghargai peranan polis dalam menjaga keselamatan negaraserta memuji pengorbanan dan dedikasi yang ditunjukkan dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

“Kami berharap sumbangan ini dapat membantu melancarkan usahapihak polis untuk terus berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Penyerahan Secara Berperingkat Sejak April 2026

Penyerahan kenderaan berkenaan dilakukan secara berperingkat bermula April lalu, di mana tiga unit Perodua Ativa diserahkan awal kepada IPD Hulu Selangor.

Baki enam unit kenderaan lagi diserahkan secara rasmi dalam satu majlis khas yang diadakan di Kuala Kubu Bharu semalam.

Majlis tersebut disaksikan oleh Ketua Polis Selangor, Dato’ Pahlawan Shazeli Dato’ Kahar, yang menerima replika kunci daripada Dato’ Sri Zainal Abidin sebagai simbolik kerjasama erat antara kedua-dua pihak.

Komitmen Berterusan Sejak 2019

Kerjasama antara Perodua dan PDRM khususnya di Selangor telah terjalin kukuh sejak beberapa tahun lalu.

Sejak tahun 2019, Perodua telah menyumbangkan keseluruhan 21 unit kenderaan kepada pelbagai IPD di seluruh negeri Selangor.

Rekod sumbangan CSR Perodua sebelum ini merangkumi:

2019: 2 unit Perodua Bezza

2022: 4 unit Perodua Myvi

2024: 6 unit kenderaan pelbagai model

2026: 7 unit Perodua Ativa & 2 unit Perodua Aruz

Langkah berterusan ini membuktikan komitmen Perodua dalam menyokong kestabilan dan keselamatan komuniti di Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved