Cuaca panas di Sarawak dijangka berterusan hingga 20 Ogos - MetMalaysia

LocalEnvironment
14 Aug 2026 • 12:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Cuaca panas di Sarawak dijangka berterusan hingga 20 Ogos - MetMalaysia
Cuaca panas dan kurang hujan dijangka berterusan di kebanyakan kawasan di Borneo termasuk Sarawak hingga 20 Ogos ini - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Cuaca panas dan kurang hujan dijangka berterusan di kebanyakan kawasan di Borneo termasuk Sarawak hingga 20 Ogos ini, yang berpotensi meningkatkan risiko jerebu dan menjejaskan jarak penglihatan terutama di selatan Sarawak.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan keadaan itu dipengaruhi angin dari arah selatan serta bilangan titik panas yang masih tinggi di Borneo.

Sehingga 10 pagi tadi, sebanyak 10 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), dengan majoriti lokasi berkenaan di Sarawak.

Sementara itu, MetMalaysia dalam kenyataan berasingan mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga 1 tengah hari ini.

Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Perak iaitu Kerian, Selama, Larut Matang, Manjung dan Bagan Datuk, serta Selangor membabitkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Gombak dan Hulu Selangor.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mendapatkan maklumat cuaca dan amaran terkini menerusi laman web, media sosial rasmi MetMalaysia serta aplikasi myCuaca. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved