Penutupan, lencongan jalan sempena SUKMA di Sepang

14 Aug 2026 • 6:11 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Penutupan, lencongan jalan sempena SUKMA di Sepang

SEPANG: Sebanyak 96 lokasi di sekitar daerah Sepang akan diberi perhatian bagi kawalan lalu lintas sempena acara sukan berbasikal lebuh raya temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor XXII 2026 yang berlangsung dari 16 hingga 19 Ogos ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, penutupan dan lencongan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang bagi memastikan kelancaran perjalanan acara yang disertai 142 peserta itu.

Beliau berkata, Selangor dipilih sebagai tuan rumah SUKMA XXII 2026 dengan enam acara sukan berlangsung di daerah Sepang bermula 11 hingga 23 Ogos ini.

“Sebanyak 96 kawasan di dalam daerah Sepang akan diberi perhatian untuk penugasan kawalan lalu lintas sepanjang acara sukan berbasikal lebuh raya yang dibahagikan kepada empat zon iaitu Zon A di Jalan Pantai Sepang Putra-Sempadan Tumbuk, Zon B di Jalan Dengkil-Jenderam Hulu, Zon C di Jalan Jenderam-Salak dan Zon D di Jalan Salak Sepang-Sungai Pelek,” katanya dalam ketika dihubungi hari ini.

Katanya, semua laluan yang terlibat akan ditutup secara berperingkat bermula pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari sepanjang tempoh pertandingan berlangsung.

Norhizam berkata, bagi 16, 17 dan 19 Ogos, antara jalan yang terlibat ialah Persiaran Pantai Sepang Putra, Jalan Kampung Bagan Lalang, Jalan Bukit Bangkong-Tanjung Rhu serta Jalan Tumbuk Sempadan.

Sementara itu, katanya, pada 18 Ogos, penutupan laluan melibatkan kawasan yang lebih luas termasuk Jalan Banting-Semenyih menghala ke Dengkil, lampu isyarat Pekan Dengkil, Jalan Jenderam Hilir, Jalan Jenderam-Salak, Bandar Baru Salak Tinggi, Jalan Kompleks Kerajaan Daerah Sepang, Jalan Sepang Lama dan Jalan Sungai Pelek.

Katanya, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang bersama penguat kuasa pihak berkuasa tempatan serta bantuan sumber manusia trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor akan ditempatkan di persimpangan jalan dan lampu isyarat bagi mengawal keadaan lalu lintas. – UTUSAN

The post Penutupan, lencongan jalan sempena SUKMA di Sepang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved