
Kota Kinabalu: Penutupan sementara sesi persekolahan mungkin akan dilaksanakan jika terdapat keperluan dalam Prosedur Operasi Standard (SoP) susulan kes strok haba membabitkan pelajar sekolah, baru-baru ini.
Exco Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr Ariffin Arif berkata, pihaknya akan merujuk Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) mengenai perkara itu dan menyokong sebarang keputusan bagi menghadapi situasi cuaca panas melampau ketika ini.
“Saya akan rujuk dengan Pengarah JPNS hari ini (Khamis) dan jika ada keperluan untuk tutup sekolah sebagaimana SoP ditetapkan, kita akan laksanakannya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Program Jom Membaca Untuk 10 Minit Peringkat Negeri Sabah 2023 di Perpustakaan Penampang, di sini, Khamis.
SPONSORED CONTENT Firefly’s inaugural flight to Sandakan SANDAKAN: Firefly, the low-cost carrier subsidiary of Malaysia Airlines; made its inaugural flight from Kota Kinabalu to Sandakan on Tuesday. Read more Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Zainuddin Aman dan Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, Fatimah Abdilla. Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaporkan terdapat tiga kes strok haba berlaku antara 15 April hingga 12 Mei, membabitkan dua pelajar masing-masing berumur 18 tahun dan 9 tahun dan seorang wanita berumur 27 tahun.
Mengenai isu gangguan bekalan elektrik yang kerap berlaku kebelakangan ini hingga dikhuatiri menjejaskan pembelajaran di sekolah, Ariffin berkata, kerajaan negeri akan mendapatkan penjelasan daripada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).
Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut memaklumkan Pengurus Besar SESB akan memberikan taklimat kepada kabinet dalam masa terdekat mengenai masalah itu dan jalan penyelesaiannya.
“Terbaru ini kita sudah mendapat penjelasan daripada SESB dan sepatutnya Kabinat akan mendengar taklimat daripada Pengurus Besar SESB dalam masa terdekat.
“Menteri yang berkenaan juga telah mengusul perkara ini dan kita akan mencari jalan terbaik untuk membantu khususnya dalam aspek pembelajaran anak-anak dan pengajaran guru-guru di sekolah,” katanya. Terdahulu, selain menyertai kempen Jom Membaca 10 Minit, Ariffin turut menyumbangkan 12 naskah buku hasil tulisan beliau kepada perpustakaan Penampang.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


