Cubaan masuk waktu malam tidak berjaya

12 Sep 2026 • 7:20 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Cubaan masuk waktu malam tidak berjaya

PORT DICKSON – Cubaan 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang tekong menceroboh sempadan negara melalui laluan laut tidak diwartakan berjaya dipatahkan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Port Dickson, di sini, malam semalam.

Kesemua mereka yang merupakan warga Indonesia ditahan selepas bot pancung tanpa nombor pendaftaran dinaiki dikesan kira-kira 0.7 batu nautika barat daya Pantai Kuala Lukut, di sini.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Salehuddin Zakaria berkata, bot berkenaan dikesan sekitar pukul 9.30 malam ketika aset Maritim Malaysia sedang melaksanakan rondaan Op Benteng dan Op Tiris.

“Bot berkenaan telah diarahkan untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan. Bagaimanapun, tekong bertindak memecut laju dalam cubaan meloloskan diri daripada pemeriksaan sebelum berjaya dipintas,” katanya, di sini, hari ini.

Salehuddin berkata, hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan membawa 33 individu berusia antara 13 hingga 58 tahun terdiri daripada 21 lelaki dan 12 wanita dengan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM). – KOSMO! ONLINE

The post Cubaan masuk waktu malam tidak berjaya appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved